Ya Allah begitu Besar sungguh Ujian yang Engkau beri pada hamba mu ini...
Ya Allah engkau Kuatkan semangat nya semoga dapat menerima Ujian dari mu ini
Ya Allah engkau tempatkan lah kesemua ahli keluarga nya Ya Allah di tempat Golongan-golongan Yang beriman dan di dalam Syurga mu ya Allah....
AL-FATIHAH
PEKAN: Seorang kontraktor yang kehilangan isteri, empat anak serta adik ipar dalam kemalangan ngeri di Kilometer 78 Jalan Kuantan-Segamat, malam kelmarin, meraung sebaik melihat jenazah terbujur kaku setibanya di Bilik Mayat Hospital Pekan, awal pagi semalam.
“Bagaimanapun, saya masih menghubungi mereka terutama anak bongsu, setiap hari kerana dia rapat dengan saya.
“Kereta itu pun baru saya belikan dengan harga RM9,000 di Segamat bagi memudahkan arwah berulang-alik ke tempat kerja,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 8.45 malam kelmarin, kereta yang dipandu Nor-faezah terperosok di bawah lori membawa kayu bergergaji berdekatan Kampung Runchang, dekat sini, dan semua mangsa meninggal di tempat kejadian.
Saudi berkata, pada malam kejadian, dia ada menghubungi isterinya dan melarangnya memandu pada waktu malam kerana bimbangkan keselamatannya tetapi arwah berkeras mahu juga pulang ke rumah mereka di Pekan kerana terpaksa menghadiri mesyuarat pagi semalam.
Bapa Norfaezah, Mansor Hamid, 55, berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang saudaranya memaklumkan mengenai kejadian kemalangan itu pada kira-kira jam 11 malam.
“Norfaezah yang bekerja sebagai Ketua Amanah Ikhtiar di Tanah Putih, Pekan bertolak dari rumahnya di Felda Keratong Dua pada jam 7 malam,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa cuba memotong kenderaan di depannya sebelum bertembung dengan lori dari arah bertentangan.
“Pemandu kereta Proton Iswara terbabit cuba mengelak ke kanan jalan tetapi pada masa sama, lori dari arah depan juga mengelak ke kiri jalan menyebabkan kedua-duanya bertembung di bahu jalan,” katanya.
Amran berkata pemandu lori terbabit berusia 44 tahun, mengalami kecederaan pada paha dan dirawat di Hospital Muadzam Shah, manakala isterinya, 43, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.
Beliau berkata jenazah keenam-enam mangsa kemalangan itu dituntut oleh ahli keluarga dan dibawa pulang untuk dikebumikan di Felda Keratong.
4 comments:
Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul kan?
semuanya yang hidup pasti kembali kepadaNya
tu le Kie-yu...baca pun kita dah sebak nie kan pula terjadi....rasa gelap dunia nie...dan hilang terus sinar dan keceriaan si bapa bila isteri tercinta dan anak tersayang hilang sekelip mata......sedih bro........nak nangis bila baca kat paper....
al-fatihah... sayu hati baca artikel nie.. moga si ayah, tabah dan sabar menerima dugaan nie..
alfatihah..sekelip mata si ayah kehilangan semua ahli keluarganya..macamana la si ayah akan menghadapi ari2 nya tanpa keceriaan dan keriuhan ahli keluarganya..ya allah...
Post a Comment