KLIK DAN TERUS KLIK DISINI TANDA SOKONGAN ANDA

Masa Itu emas..

KLIK SINI

new

Followers

Terbaru

Saturday, November 26, 2011

Doa akhir tahun dan awal tahun baru Islam (Hijrah) bagi tahun 1432 Hijrah.





Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Bismillaahir-rahmaanir-rahiim 
Wa shallallaahu 'ala sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma maa 'amiltu fi haadzihis-sanati mimmaa nahaitani 'anhu falam atub minhu wa lam tardhahu wa lam tansahu wa halamta 'alayya ba'da qudratika 'alaa uquubati wa da'autani ilattaubati minhu ba'da jur'ati alaa ma'siyatika fa inni astaghfiruka fagfirlii wa maa 'amiltu fiihaa mimma tardhaahu wa wa'adtani 'alaihits-tsawaaba fas'alukallahumma yaa kariimu yaa dzal-jalaali wal ikram an tataqabbalahuu minni wa laa taqtha' rajaai minka yaa karim, wa sallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin Nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihii wa sahbihii wa sallam

Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.


Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. 

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.



Bismillaahir-rahmaanir-rahiim
Wa shallallaahu 'alaa sayyidinaa Muhammadin wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwalu, wa 'alaa fadhlikal-'azhimi wujuudikal-mu'awwali, wa haadza 'aamun jadidun qad aqbala ilaina nas'alukal 'ishmata fiihi minasy-syaithaani wa auliyaa'ihi wa junuudihi wal'auna 'alaa haadzihin-nafsil-ammaarati bis-suu'i wal-isytighaala bimaa yuqarribuni
ilaika zulfa yaa dzal-jalaali wal-ikram yaa arhamar-raahimin, wa sallallaahu 'alaa sayyidina Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa 'alaa 'aalihi wa shahbihii wa sallam


Artinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.




Friday, November 11, 2011

mStar Online : Empat Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Behrang

mStar Online : Empat Maut Dalam Kemalangan Ngeri Di Behrang

Al-Fatihah




Peristiwa sedih selepas Hari Raya Aidiladha.


Selepas habis cuti Hari Raya Aidiladha anak menceritakan yang kawan satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Ara Rendang terlibat dalam kemalangan jalan raya.. dalam kemalangan tersebut Ayah rakan terkorban..

Barulah teringat yang saya ada terbaca artikal ini didalam akhbar Metro melalui Metro & Berita mobile...

Mangsa kemalangan adalah jiran sekampung dengan isteri iaitu di kampung aman kepala batas.

Diharap Mak dan Ayah puan mukrimah yang sedang mengerjakan ibadah haji tenang apabila mendengar berita sedih ini.....

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah semoga roh saudara Aidi dirahmati dan ditempatkan dalam golongan yang beriman...amin



Suami terbunuh, isteri dan anak cedera parah dalam kemalangan

TAPAH: Suami terbunuh, isteri dan anak cedera parah, manakala empat lagi anak mereka cedera ringan apabila kereta yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan dua buah kenderaan lain di kilometer 315.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat sini, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Roslan Bek Ahmad, berkata mangsa yang cedera parah dan terbunuh dalam kejadian itu adalah penumpang kereta Kharsana Amat, 38.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, isteri mangsa Mukrimah Hamzah, 37, anak lelakinya Mohd Izuddin Shah, 11 cedera parah manakala Azwin Nurain 12, Azrin Najihan, 9, Azrin Najwa,7 dan Mohd Mukhriz Shah, 3 hanya cedera ringan. 

Kesemua yang cedera parah dan cedera ringan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, katanya. 

Katanya, mereka semua berasal dari Pulau Pinang. 

Roslan berkata, ketika kejadian, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu Mukrimah, dalam perjalanan dari selatan ke utara dikatakan terlanggar belakang sebuah lori di hadapannya lalu terbabas dan melintang di tengah lebuh raya. 

Pada masa yang sama sebuah kereta Proton Waja yang mengekori kereta mangsa gagal mengawal lalu merempuhnya. 

Pemandu kereta Proton Waja dan lori tidak mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut pada jam 10.20 malam tadi. - BERNAMA 

9 Nov 2011


Rintihan isteri nahas kereta

IPOH: “Saya mahu menatap wajah abang buat kali terakhir,” begitu kata pengurus bank, Mukrimah Hamzah, 37, sambil berlinangan air mata sejurus mengetahui suaminya, Aidi Kharsana Ahmat, 38, terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 315.9 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Tapah, kelmarin.

Permintaan wanita itu menyebabkan suasana di Wad 4B, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bertukar hiba kerana hajat itu tidak dapat ditunaikan ahli keluarganya berikutan keadaan dirinya yang cedera parah.

Dalam kejadian jam 10.20 malam, kereta Perodua Alza dipandu Aidi bersama Mukrimah dan lima anak mereka melanggar belakang sebuah lori menyebabkan ia melintang di laluan paling kanan lebuh raya sebelum kenderaan mereka dirempuh pula sebuah kereta yang gagal mengelak.

Rempuhan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa anggota badan dan kepala manakala Mukrimah serta seorang anak, Mohd Mukhriz Shah, 3, cedera parah. Bagaimanapun empat lagi anak mangsa hanya cedera ringan dan sudah dibenarkan keluar hospital.


Mukrimah patah kaki kiri selain kulit kepalanya terkoyak serta luka di beberapa bahagian badan manakala Mohd Mukhriz patah kaki kanan dan menerima rawatan di HRPB.

“Saya tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku dan sebaik tersedar antara jam 3 hingga 4 pagi tadi (semalam), saya mendapati sudah berada di wad hospital.

“Saya diberitahu suami dirawat di Hospital Tapah manakala lima anak dirawat di sini. Namun, saya hanya tahu suami sudah meninggal dunia tengah hari semalam,” katanya.

Mukrimah yang ditemui wartawan Harian Metro di HRPB jam 2.15 petang semalam berkata, keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Sungai Petani, Kedah selepas menyambut Aidiladha di rumah saudara-mara suaminya di Melaka dan Johor.

Katanya, mereka bertolak dari Pontian, Johor jam 11 pagi melalui jalan lama dan singgah di Nilai, Negeri Sembilan untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan.

“Kami sepatutnya pulang ke Kedah kelmarin (Isnin lalu), tetapi abang demam dan batuk. Selepas berbincang, kami memutuskan pulang pagi semalam (kelmarin) bagi membolehkan abang berehat secukupnya,” katanya.

myMetro
10 Nov 2011

Friday, November 4, 2011

Selamat menjalankan ibadah Puasa Sunnat hari Arafah

Puasa Sunnat Hari ARAFAH 9 ZULHIJJAH.



Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)
Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

Tuesday, September 6, 2011

Alhamdulillah Cahaya mata ke-4 selamat dilahirkan

Pada 20 Ramadhan 1432 hijrah bersamaan 20 Ogos 2011 Isteri telah selamat melahirkan seorang cahaya mata ke-4 kami Pada jam 3.45 petang.


Seberat 3.04 kg anak lelaki ke tiga dalam keluarga saya. Syukuralhamdulillah ia sihat sepenuhnya.

Tapi pada 21 Ogos 2011 si kecil ini telah dimasukan Wad NICU untuk pemerihatian selanjutnya 

disebabkan mengalami muntah2 lendir dan Doktor takut si kecil ini termakan sesuatu semasa dalam 

kandungan ketika sebelum proses melahirkannya.

Selama 2 hari si kecil ini dibawah jagaan MISI didalam Wad NICU...




Selepas 2 hari di NICU baru lah Si kecil di pindahkan ke wad biasa iaitu Wad Kanak-Kanak 

pada sebelah petang.



Pada Hari Ke-4 baru lah Se Kecil dibenarkan pulang kerumah.... Alhamdulillah Si Kecil sihat sepenuhnya.

Tapi yang menjadi kerisauan ialah Demam Kuning kerana abang-abang dan kakak Si kecil 

semua ada masalah DemamKuning yang tinggi.....?????

Semasa keluar dari Wad Bacaan dalam 204 ...

Lupa pulak nak bagi tau nama anak kami yang ke-4 ini ialah

AWANG MUHAMMAD IZZAT

Selepas keluar je dari Wad  keesokan hari saya buat pememriksaan kuning anak di Klinik Kesihatan kepala Batas.... dah dapat agak kuning anak akan naik sebab badan dan mata nampak ke kuningan....

Mula guna petua dari abang long sebab dia bagi perahan anggur Hijau... kira satu sudu jus anggur..
pagi dan petang.....tapi bacaan kuning tidak menunjukan akan turun..

Akhir sekali saya mengunakan kaedah yang sama seperti anak yang ke-3 iaitu dengan mengunakan mandian DXN Ganozhi™ Body Foam  dan tablet Reishi Gano (RG) dari DXN.

Alhamdulillah bacaan kuning anak menunjukan perubahan + Positif......Bacaan dari 214....dah mula turun ke 194 dan seterusnya terus turun....

Pada ibu-ibu yang risau dengan masalah kuning anak yang baru lahir saya memang syorkan mengunakan kaedah mandian ini kerana ia tidak memudaratkan bayi yang masih baru lahir..

Sebab dengan menguna kaedah memberi minum sesuatu yang kita sendiri tidak pasti akan kesan terhadap usus bayi yang masih baru...

insyallah setiap penyakit ada ubatnya...

Yakin dan sentiasa berdoa padanya

Allah Subhanahu Wata'ala.


Disini saya letakkan no ahli DXN saya bagi memudahkan ibu-ibu untuk membeli produk ini..saya masuk pun hanya semata-mata untuk membeli produk ini... dan tidak salah jika saya berkongsi no ini untuk ibu-ibu diluar sana... semoga ia memudahkan segala urusan ibu-ibu untuk mendapatkan produk ini.

no.ahli:011338161
awang mohammad razlan.

Link sebelum ini yang saya mula mengunakan produk ini untuk anak ke-3
http://amrazd90.blogspot.com/2010/04/berkongsi-rahsia-mengurangkan-demam.html




Sunday, July 24, 2011

Berkongsi Rahsia mengurangkan Demam Kuning pada bayi

Pada 10/04/10 alhamdulillah isteri selamat melahirkan bayi perempuan.....walaupun scan sebelum nie Doktor kata bayi lelaki... selepas 24 jam dilahirkan bacaan Demam Kuning bayi dalam keadaan normal...tapi keesokan harinya baca Demam Kuning mula naik dari 144 ke 194 .

Dari situ macam2 pertua dan cara telah digunakan bagi menurunkan bacaan Demam Kuning bayi.....susu kambing,sengkuang cina,daun priya,mandia herba dan mutiara cina

Semua tak menjadi Demam Kuning semakin tinggi adalah....hari ketiga bacaan naik ke 224 pulak...misi kat klinik minta datang balik sebelah petang.... sebelah petang bacaan terus naik ke 258

Apa lagi minta masuk WAD le!!!!!.....takut seberang kemungkinan berlaku pada bayi...

Isteri dan Bayi dapat le penginapan 3hari 2 malam kat wad melur2 
Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani kedah.

Semasa keluar dari WAD bacaan Demam Kuning dah turun 196...

Esok pagi pie Klinik bacaan terus naik lagi ke 202...



Akhirnya adik ipar telah cadangankan satu cara baru iaitu dengan mengunakan produk dari DXN

Iaitu 

Reishi Gano (RG) 

DXN Ganozhi™ Body Foam





cara2:

ambil 1 biji kabsul gano (RG) dan keluarkan serbuknya dan gaulkan dengan sedikit air suling 

dan sapu rata pada badan bayi....biar selama 20 minit

campurkan air mandian bayi dengan 2 titk mandian dari ganozhi

selepas 20 minit mandikan bayi dengan mandian tadi .

selepas selesai mandi terus lap bayi dan pakai kan pakaiannya semula...

esok pie check darah...insyallah Demam kuning dah kurang... :)

tadi pagi buat pemeriksaan alhamdulillah Demam Kuning dah berada pada bacaan 184...semakin turun

syukur alhamdulillah berkat izin dari ALLAH juga....

Thursday, July 7, 2011

Kisah Claim Warranty Yang baru ditukar Lama

Entry kali ini mengenai Claim Warranty Kereta Perodua Viva Elite....yang baru dibeli tak sampai setahun !!

Setelah 10 bulan digunakan tiba-tiba brek kereta mengalami masalah.... bila nak brek je satu kereta bergegar... disebabkan masalah brek tidak berfungsi dengan sempurna disebabkan kerosakan mekanikal brek iaitu disc brek yang bengkok atau tidak rata.

Bila pergi service kat pusat service perodua dan aduan dibuat so pihak perodua mengesahkan perkara yang sama dan saya pun memohon agar disc brek yang rosak di tukar dengan yang baru disebabkan kereta masih dalam warranty lagi.Dan pihak service PERODUA memaklumkan mereka akan membuat tempahan bagi mengantikan alatan yang rosak tadi.

Pihak perodua pun bersetuju dengan permintaan saya, dan setelah hampir 2 minggu menunggu satu call dari pihak perodua pun tidak dapat...PADA HARI AHAD akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghubungi SENDIRI pusat service perodua untuk mengetahui status pemohonan saya .Dan kerani pusat service perodua tersebut pun memaklumkan kepada saya agar datang ke pusat service pada hari Selasa .....6 july 2011

Apabila sampai sahaja di pusat service kereta terus dibawa ke bahagia pembaikan dan service...

Disc brek yang rosak di buka.....CANTIK TAK!!!! kurang berkarat!!!!


Selepas berapa minit mekanik pun membawa disc brek untuk digantikan dengan disc brek yang rosak tadi



Terkejut seketika dan tak terkata bila Disc brek yang ingin dipasang adalah Disc brek yang lama yang sudah di baik pulih sahaja....TAPI BERKARAT GILESSSS!!!! Mana permintaan pelanggan yang inginkan part baru YANG ROSAK patut diganti dengan part yang baru jugak sebab kereta masih dalam warranty lagi!!!!

TU satu!!!! bila mekanik nak pasang saya pun bertanya kepada mekanik tersebut 
" nie nak pasang terus ke tanpa menukar pad brek yang lama?"

mekanik tu pun bertanya kepada senior dan senior kat situ bagi tau 
" kalau tukar pad brek kene bayar harga pad brek kerana ia tidak melibatkan warranty"

Saya pun menjadi hairan....kenapa perlu pelanggan membayar sedangkan yang menyebabkan kerosakan adalah dari part perodua dan bukannya saya sengaja membuat ia rosak?????


Dan yang peliknya dioarang nie tak belajar habis ilmu mekanik kenderaan motor ke???
Kalau pad brek yang lama dah tak elok sebab telah bergesel dengan disc brek yang rosak dan kalau dipasang jugak disc brek sebaru mana pun pasti dalam masa yang singkat masalah yang sama akan berulang disebabkan pad brek yang lama telah rosak tapi tidak diganti baru semasa disc brek ditukar!!!

Bila saya terangkan perkara di atas akhirnya baru lah pihak service perodua menukar pad brek yang baru dan mengenai bayaran saya cuba berdiam dan akhirnya pihak mekanik memaklumkan yang mereka akan tukar pad brek tanpa mengenakan bayaran.

Tapi yang sedihnya masalah dari brek tadi telah menyebabkan tayar kereta pun jadi rosak jugak !!! :'(

TAPI YANG SEDIHNYA PERMINTAAN SEBELUM INI AGAR DISC BREK YANG ROSAK DIGANTI DENGAN PART YANG BARU TIDAK DITUNAIKAN OLEH PIHAK SERVICE PERODUA.......ADIL KE PENGGUNA DIPERLAKUKAN SEBEGINI!!!???

INI KAH JAMINAN YANG DIBERI OLEH PIHAK PERODUA KEPADA SEMUA PELANGGAN MEREKA!!!..... BILA PART ASAL ROSAK PIHAK SERVICE AKAN AMBIL JALAN MUDAH MENGANTI ALATAN YANG ROSAK DENGAN ALATGANTI 2ND HAND YANG DIBAIK PULIH.....SEDANGKAN KERETA MASIH BARU DAN MASIH DALAM WARRANTY LAGI.

SEDIHNYA !!!!! :'( BARANG BARU DIGANTI DENGAN YANG TERPAKAI!!!!!

TERIMA KASIH PUSAT KHIDMAT SERVICE PERODUA!!!!!


BEST LAH SANGAT!!!!!




Thursday, April 14, 2011

Meyingkap Disebalik Surah Al-Fatihah


Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah adalah ibu segala ayat.  Di dalamnya terkandung kelebihan yang hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya.  Allahu Akbar !!!

Surah Al-Fatihah diagungkan dan diberi kelebihan oleh Allah untuk dibaca di dalam setiap yang dinamakan solat, tanpanya tidaklah sah solat seseorang itu.  Begitu besarnya surah ini di sisi Allah SWT.

Surah Al-Fatihah dimulai dengan Bismillahirrahmanirrahimm !!! (Bismillahirrahmanirrahimm...dikira sebagai salah satu ayat di dalam Al-Fatihah)  Terlupa membaca Bismillahirrahmanirrahimm...maka tidak sah solat seseorang itu mengikut Mazhab Shafiee.

1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Allah bersifat Pemurah dan Penyayang kepada semua makhluknya tidak kira orang Islam mahupun orang kafir.
* Tiap-tiap pekerjaan yang baik hendaklah dimulai dengan menyebut nama Allah, seperti : makan, minum, menyembelih binatang untuk dimakan dan sebagainya.  Allah ialah nama Zat yang Maha Suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak memerlukan makhlukNya, tetapi makhluk memerlukan Nya.   Ar-Rahman (Maha Pemurah) : salah satu daripada nama Allah yang memberi pengertian, bahawa Allah melimpahkan kurniaNYA kepada makhluk Nya.

Sebab itulah kita dapati.....bukan sahaja orang Islam...orang kafir pun hidup senang dan kaya raya dengan Limpah Rahmat dan Kurnia... yang Allah beri kepada mereka tanpa memilih sempadan kafir mahupun Muslim.   Itu yang Allah nak tunjukkan kepada kita semua sebenarnya.  Tetapi kita pula membeza bezakan dan mengagung-agungkan serta memperjuangkan bangsa sendiri lebih daripada memperjuang dan mempertahankan Islam yang mana Allah perintahkan untuk kita menjaganya (Islam sebagai Amanah). Perintah ini datang semasa kita berada di alam Roh lagi.  Bukan kita tidak boleh memperjuangkan bangsa tetapi janganlah sampai mengenepikan konsep dan ajaran Islam itu sendiri dan menzalimi kaum dan bangsa lain dengan jalan yang tidak adil.
 Islam itu tinggi dan lebih tinggi dari bangsa dan segala-galanya.  Apabila Islam datang...maka apa yang rendah dan berada dibawahnya janganlah ditinggikan pula.  Itu tak betul.

2. Segala Puji bagi Allah, Tuhan semesta  Alam.
Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan yang menguasai Langit dan Bumi juga Tuhan kepada alam semesta ini.
Lain halnya dengan Syukur yang bererti : mengakui keutamaan seseorang terhadap nikmat yang diberikannya. Dan kita menghadapkan segala puji-pujian kepada Allah kerana Allah jua lah sumber dari segala kebaikan yang patut dipuji.  Semua yang diciptakan Allah yang tergolong di dalam Alam Semesta ini memujiNYA termasuklah alam haiwan, alam tumbuh-tumbuhan, benda-benda mati dan sebagainya.

Sekiranya Allah Swt...membuka hijab manusia, nescaya kita akan lari bertempiaran... Terkejut kita bilamana mendengar seluruh isi hutan riuh rendah berzikir memuji Allah Swt.  Sekarang kita tidak mendengar kerana dihijab oleh Allah.

3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sifat pemurah dan penyayang Allah melebihi pemurah dan penyayang mahkluk.  Maha Suci Allah.

4. Yang Menguasai hari pembalasan.
Allah adalah Raja dan Hakim di hari Kiamat iaitu hari manusia diadili di Mahkamah Allah nanti.

5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Hanya kepada Allah jua Tuhan yang kita sembah dan tiada tuhan selainNya.  Allah jua lah tempat kita meminta dan memohon pertolongan.  Ini adalah suatu lafaz pengakuan di hadapan Allah ketika solat kepadaNya. Di mana kita sebagai hamba... hanya menyembah dan memohon hanya kepada Allah tuhan seru sekalian alam.

Tetapi ramai yang tidak SEDAR yang kita masih menyembah selain dari Allah.???  Mana taknya....Hukum yang Allah perintahkan dan turunkan di dalam Al-Quran melalui Nabi Muhammad SAW untuk kita laksanakan ketika hidup di dunia ini, kita tak ambil pusing...malah turut bersekongkol mempertikaikannya bersama golongan-golongan yang mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ???  Mengambil hukum yang selain dari hukum Allah ....tidakkah itu sama seperti menyembah selain dari Allah.  Tidakkah tindakan itu tergolong dalam mensyirikkan Allah. Nauzubillahiminzalik.

Apa alasan kita di Mahkamah Allah nanti..apabila Allah bertanya...mengapa engkau menjadi pengikut kepada golongan yang tidak menggunapakai hukum Ku ketika hidup di dunia..???  Boleh ker..kita jawab....uhh...hukum ituu tak sesuai di dunia kerana di Malaysia..masyarakatnya Majmuk.  ha ha....ha....!! Jangan diperbodohkan tuan-tuan.

Apa yang kita lafaz dan ikrarkan di dalam solat hendaklah di bawa bersama di luar solat.   Dilafazkan dengan lidah, dibenarkan dalam hati dan dilakukan dengan perbuatan.   Kita mengaku yang kita sembah Allah...kita sembah betul-betul, sembah itu bukan hanya di dalam solat sahaja....itu perlu kita ingat.  Sembah Allah itu merangkumi semua aspek termasuklah hukum hakam, pemerintahan, syariat, jual beli dan bermacam-macam lagi dalam semua aspek kehidupan.  Zina hukumnya sebat atau rejam.....tapi kita ambil hukum selain dari hukum Allah.  Kita denda mereka yang berzina sebanyak RM1000-2000 sahaja.  Esok lusa dia buat lagi...pasal denda buang sampah pun lebih mahal lagi.  Sebab itulah zina dan buang anak bermaharajalela di negara kita.

6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Kita bermohon kepada Allah agar menunjuki kita jalan yang lurus lagi jalan yang diredhoi.....tetapi kita masih cakap tak serupa bikin, kita masih memilih pemimpin-pemimpin yang membina pusat-pusat perjudian, pub dan disko, tempat tempat dan sarang maksiat dan menghina mereka yang menyeru amal maaruf dan nahi mungkar.  Kita hina ulamak, kita hina mereka yang bangun untuk solat malam, kononnya solat malam mengganggu pelajaran mereka di siang hari.

Dan apabila pegawai penguatkuasa agama menangkap mereka yang meminum arak, ramai dikalangan orang yang mendakwa dirinya Melayu...bangkit marahkan penguatkuasa dan membela mereka yang minum arak kononnya itu melanggar hak kebebasan dan hak asasi manusia. Tapi bila solat ...tahu pulak sebut perkataan "tunjukilah kami jalan yang lurus"..  Sungguh tak tahu malu betul.


7. (yaitu) jalan orang-orang  yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat.

Kita mohon pada Allah, jalan yang Allah kurniakan nikmat terhadap orang-orang yang terdahulu daripada kita.  Siapa orang-orang yang terdahulu itu ?  Tidak lain dan tidak bukan... jalan para nabi, Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiit Tabien.  Itulah jalan menuju kejayaan.

Dan kita mohon pada Allah jauhi jalan orang-orang yang Allah murkai.  Siapakah orang yang Allah murkai?  Itulah jalan orang-orang Yahudi yang Allah murkai dan laknati.  Jadi jangan sekali-kali kita ikut dan mencontohi jalan orang-orang Yahudi ini (dari keturunan Bani Israel).  yang banyak membunuh para nabi dan mempertikaikan hukum Allah dan perintah 25 Rasul.

Dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.  Sesat di sini merujuk kepada orang-orang Nasrani. (Kristian)  Yang mendakwa Allah itu mempunyai anak. Tuhan itu beranak.    Mereka mendakwa Nabi Isa itu anak tuhan.  Itulah jalan orang-orang yang sesat. Jalan orang-orang yang mensyirik dan menyengutukan Allah SWT.  Nauzubillah.

Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.  Aaminn.

Thursday, April 7, 2011

Awas!! Telur Ayam Tiruan sudah berada di PENENG!!!


CAP iaitu Persatuan Penguna Pulau Pinang telah mengesahkan dan menerima aduan yang TELUR AYAM PALSU sudah berada dan telah dijual pada Orang Ramai di Peneng!!!


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
“Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.
-Malaysiakini

Tuesday, April 5, 2011

AKHIRNYA INSAN KECIL YANG DISAYANGI PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA

Baru sahaja mendapat panggilan dari isteri memberi tahu yang adik zawawi sudah tiada....hanya Innalillahi wa innailaihi raajiuun dan AL-FATIHAH yang mampu saya ungkapkan.Masih teringat lagi Pada 28 December 2010 saya telah memasukkan ENTRY KHAS BUAT Adik ZAWAWI iaitu anak kepada Kak Ronie yang sama belajar di CIAST Shah Alam pada tahun 1997 dulu...


Entry nya ialah:

Kutipan Sumbangan Pembiayaan Rawatan Kanser Darah Zawawi

http://amrazd90.blogspot.com/2010/12/kutipan-sumbangan-pembiayaan-rawatan.html

Hari ini tiba2 terbaca satu kisah yang dilalui oleh sebuah keluarga di dalam Facebook.........Tiba2 terbaca nama ibu pada si kecil yang sedang menderita adalah rakan satu pusat pengajian di Shah Alam "CIAST" dulu....." Kak Ronie " subhanallah besar sungguh dugaan yang dilalui oleh kak ronie...baru je kehilangan anak kecil nya disebabkan tersedak susu di pusat asuhan tahun lalu...sekarang satu lagi dugaan yang amat besar sedang dilalui oleh kak ronie apabila salah seorang anak pula disahkan menghidap penyakit kronik...."KANSER DARAH"
adik Zawawi





"HARI INI IA TELAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA"
DOA SEORANG IBU BUAT INSAN TERSAYANG 
SEBELUM IA PERGI MENGAHADAP ILAHI BUAT SELAMA-LAMANYA

 dari fb kak ronie :
Aris Ronie Ya Allah aku redha dengan pemberianmu.... Jika ada rezekinya selamatkanlah anak ku muhammad zawawi, seandainya ini yang terbaik kuatlah aku dan suami menghadapinya 
Yesterday at 04:41

Daripada Allah dia datang, kepada Allah dia kembali. 
Moga Adik Zawawi tenang di alam baru. Insyaallah.

Semoga Adik Zawawi tenang di alam sana, telah ditakdirkan persinggahan Adik Zawawi di dunia hanya sementara. Moga kak ronie sekeluarga tabah dan redha di atas pemergiannya. Allah lebih sayangkan Adik Zawawi. Pengorbanan yang kak ronie dan keluarga lakukan tidak mampu dihitung dengan wang ringgit. Kasih sayang yang tercurah kekal abadi selama-lamanya. Redhalah dengan pemergiaannya. Insyaallah, Arwah menunggu kalian di pintu syurga.

Sahabat-sahabat, mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Adik Zawawi. Semoga ronya tenang di tempat yang abadi dan bersama dengan para syuhada..amin
Al-Fatihah



Monday, February 21, 2011

Pada pencarian Google "AMRAZ" blog saya berada di tempat ke-3

Saja boring tak tau nak wat apa...try le Guna GOOGLE untuk cari kedudukan nick AMRAZ yang digunakan untuk blog ini.........

AKHIRNYA........................

WAH!!!!!..................kedudukan KE-3 tu!!!!!................... Cuba anda try test lak........kalau GOOGLE untuk jaringan di Malaysia dah tentu NO.1.......heheheeeee :D

Thursday, February 17, 2011

Pembedahan TONGSIL ( ENT )

Baru-baru nie anak telah dimasukkan di wad ENT Hospital Bukit Mertajam bagi menjalani Operation/Pembedahan bagi membuang Tongsil yang semakin teruk....


Apa itu TONGSIL?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.



Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.



Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur


Bermula lah KISAH!!!!
Hati berdebar-debar bila tarikh iaitu 25 Januari 2011 anak terpaksa bermalam di hospital Bukit Mertajam sebelum menunggu tarikh Pembedahan dijalankan iaitu 27 Januari 2011.


Walaupun muka nampak senyum dan Happy je..tapi perasaan takut anak dapat dilihat dengan jelas bila sentiasa bermanja dengan ibu dan bapa.... Hati ayah dan ibu mana yang tak rasa risau bila anak ingin dimasukkan ke dalam wad.....lepas tu nak kene Operation pulak tu..... Tuhan saja yang tahu .




Setelah selesai proses mendapaftar masuk wad....so apa lagi cari katil le dan tukar uniform khas..hehee




Dok hospital kerajaan kene pakai Uniform khas le...kalau dok hospital Swasta pakaian bebas le....



nak bagi anak happy kene lah Terbangkan mak ayah dari Sarawak untuk bagi semangat kat anak....


OK....Hidangan makan malam dah disediakan.....apa lagi Juddin Jom makan..hehehe


Pada 27 Januari 2011 jam 8.45pagi Juddin telah dibawa ke bilik bedah di Hospital Bukit Mertajam.



Pada masa ini Tuhan saja yang tahu bertapa berdebarnya Hati Juddin dan dari raut wajah sudap menampak akan kesedihan serta gelisah yang bermain di fikiran Juddin.

MUKA DAH NAMPAK PUCAT SBB TAKUT!!!!


Bagi menghilangkan rasa takut dan gelisah Juddin misi yang bertugas terpaksa le masukkan angin ke dalam sarung tangan plastik bagi nampak mcm IKAN nie......pastu lukis mata dan mulut...

Apa LAgi Juddin Mula le Tambah mcm-mcm kat gambar tu...hahahaaaa

PADA 9.45 pagi Juddin dimasukkan ke dalam dewan bedah bagi proses BIUS 100% dan memasukkan tiub untuk saluran pernafasan semasa Pembedahan dijalankan.


**sorry yek tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video tanpa kebenaran**

PADA jam 11.30 pagi Pembedahan membuang Tongsil ,Ketumbuhan di hidung dan pemasangan Tiup khas pada gegendang telinga selesai.....


Tongsil pada bahagian Kiri tekak....semua terdapat 3 ketul isi yang telah dibuang semasa pembedahan yang dijalankan tadi.... Tongsil kiri dan kanan tekak dan satu ketumbuhan di dalam ronga hidung yang sama besar dengan Tongsil tadi.


Muka membengkak selepas kuar dari wad bedah....diebabkan BIUS...dalam masa yang sama kesan dari alat khas untuk membuka mulut semasa Pembedahan dijalankan.

Masa nie betapa sedihnya hati bila Juddin menanggis kesakitan kerana kesan pembedahan yang mengunakan kaedah seperti laser ( nama sebenar tak berapa pasti le ), hampir 5 minit Juddin menangis dan muntah darah yang disebabkan dia menanggis teruk sangat.....lepas dipujuk baru le Juddin mula bernafas dengan oksigen yang dikhaskan bagi mereda kesakitan selepas pembedahan tadi..


$1.3 Million everyday from Pay Per Click

$1.3 Million everyday from Pay Per Click
JOM JOIN!!!! BILA LAGI!!$1.3 Million everyday from Pay Per Click

jom klik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SILA TINGGALKAN JEJAK BLOG ANDA DISINI-TERIMA KASIH

Terkini...