KLIK DAN TERUS KLIK DISINI TANDA SOKONGAN ANDA

Masa Itu emas..

KLIK SINI

Followers

Terbaru

Wednesday, June 9, 2010

Hati seorang ayah bila kehilangan Insan-Insan Tersayang....

Bila baca je akhbar pagi nie Hati berasa sayu dan sebak bila mengenangkan nasib Seorang ayah yang baru kehilangan kesemua Insan Tersayang Isteri dan 4 orang anak yang masih kecil lagi dalam sekelip mata sahaja

Ya Allah begitu Besar sungguh Ujian yang Engkau beri pada hamba mu ini...
Ya Allah engkau Kuatkan semangat nya semoga dapat menerima Ujian dari mu ini 
Ya Allah engkau tempatkan lah kesemua ahli keluarga nya Ya Allah di tempat Golongan-golongan Yang beriman dan di dalam Syurga mu ya Allah....

AL-FATIHAH






PEKAN: Seorang kontraktor yang kehilangan isteri, empat anak serta adik ipar dalam kemalangan ngeri di Kilometer 78 Jalan Kuantan-Segamat, malam kelmarin, meraung sebaik melihat jenazah terbujur kaku setibanya di Bilik Mayat Hospital Pekan, awal pagi semalam.
Saudi Sulaiman, 40, tidak dapat menahan kesedihan selepas melihat mayat isterinya, Norfaezah Mansor, 31, dan empat anaknya, Nor Safiana Atikah, 10; Nor Sahera Atikah, 13; Nor Suhaila Asirah, 7, dan Md Shahrul Amir, 3, serta adik iparnya, Mohd Saiful Anwar, 14.
Katanya, kali terakhir beliau menemui isteri dan anak-anaknya minggu lalu di rumah mentuanya di Felda Keratong Dua, Muadzam Shah sebelum masuk ke hutan kerana bekerja membuat jalan.

“Bagaimanapun, saya masih menghubungi mereka terutama anak bongsu, setiap hari kerana dia rapat dengan saya.

“Kereta itu pun baru saya belikan dengan harga RM9,000 di Segamat bagi memudahkan arwah berulang-alik ke tempat kerja,” katanya ketika ditemui, semalam.

Dalam kejadian pada kira-kira jam 8.45 malam kelmarin, kereta yang dipandu Nor-faezah terperosok di bawah lori membawa kayu bergergaji berdekatan Kampung Runchang, dekat sini, dan semua mangsa meninggal di tempat kejadian.
Saudi berkata, pada malam kejadian, dia ada menghubungi isterinya dan melarangnya memandu pada waktu malam kerana bimbangkan keselamatannya tetapi arwah berkeras mahu juga pulang ke rumah mereka di Pekan kerana terpaksa menghadiri mesyuarat pagi semalam.

Bapa Norfaezah, Mansor Hamid, 55, berkata beliau terkejut apabila menerima panggilan telefon daripada seorang saudaranya memaklumkan mengenai kejadian kemalangan itu pada kira-kira jam 11 malam.

“Norfaezah yang bekerja sebagai Ketua Amanah Ikhtiar di Tanah Putih, Pekan bertolak dari rumahnya di Felda Keratong Dua pada jam 7 malam,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek, berkata kemalangan berlaku ketika mangsa cuba memotong kenderaan di depannya sebelum bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

“Pemandu kereta Proton Iswara terbabit cuba mengelak ke kanan jalan tetapi pada masa sama, lori dari arah depan juga mengelak ke kiri jalan menyebabkan kedua-duanya bertembung di bahu jalan,” katanya.

Amran berkata pemandu lori terbabit berusia 44 tahun, mengalami kecederaan pada paha dan dirawat di Hospital Muadzam Shah, manakala isterinya, 43, hanya cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata jenazah keenam-enam mangsa kemalangan itu dituntut oleh ahli keluarga dan dibawa pulang untuk dikebumikan di Felda Keratong.

4 comments:

Kie-yu said...

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul kan?
semuanya yang hidup pasti kembali kepadaNya

amraz_78 said...

tu le Kie-yu...baca pun kita dah sebak nie kan pula terjadi....rasa gelap dunia nie...dan hilang terus sinar dan keceriaan si bapa bila isteri tercinta dan anak tersayang hilang sekelip mata......sedih bro........nak nangis bila baca kat paper....

Umi said...

al-fatihah... sayu hati baca artikel nie.. moga si ayah, tabah dan sabar menerima dugaan nie..

likeithot said...

alfatihah..sekelip mata si ayah kehilangan semua ahli keluarganya..macamana la si ayah akan menghadapi ari2 nya tanpa keceriaan dan keriuhan ahli keluarganya..ya allah...

$1.3 Million everyday from Pay Per Click

$1.3 Million everyday from Pay Per Click
JOM JOIN!!!! BILA LAGI!!$1.3 Million everyday from Pay Per Click

jom klik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SILA TINGGALKAN JEJAK BLOG ANDA DISINI-TERIMA KASIH

Terkini...