KLIK DAN TERUS KLIK DISINI TANDA SOKONGAN ANDA

Masa Itu emas..

KLIK SINI

Followers

Terbaru

Thursday, February 21, 2013

Kesan awal makan rumpai laut.PMC


Rumpai Laut (PMC), Panik dengan Kesan Awal



Selepas sebulan mengamalkan makan rumpai laut asli warna ungu yang disebut sebagai kolagen atau ibu kolagen atau dalam bahasa ringkasnya disebut PMC (Pure Marine Collagen) banyaklah kesan yang dirasai. Selain kesan-kesan positif yang saya sebutkan mengenai penegangan kulit dan wajah serta meringankan tubuh daripada sakit-sakit sendi dan urat tegang, terdapat juga kesan yang sedikit mengganggu keselesaan. Biasalah kata orang apabila mengambil makanan yang memberi kesan detox, akan adalah tindak balas ke atas diri si pemakan. Hakikatnya kesan tindak balas inilah yang digeruni oleh saya menyebabkan tidak berani untuk makan pemakanan kesihatan atau ubat-ubat tradisional sejak dulu. Namun apabila umur sudah semakin meningkat kita tidak dapat lari daripada teringin mencuba sementelah keadaan badan pun sudah kian beragam.

Berbalik kepada kisah saya makan rumpai laut asli ibu kolagen ni, mula-mula dalam seminggu okey kecuali cepat lapar dan tekak kering, apabila masuk minggu kedua terasa berdenyut dan menyucuk di bahagian dada.. itu saya sudah ceritakan sebelum ini iaitu disebabkan faktor proses penegangan. Ini saya boleh tahan lagi tetapi bila dalam perut terasa pedih dan menyucuk dan keluar angin banyak menerusi mulut-kadang berterusan beberapa ketika, mulalah terasa risau. Adakah saya ni sudah diserang gastrik? Ini kerana apabila selidik di internet, saya dapati seakan tanda gastrik atau ulser. Disebut bahawa sakit bila perut kosong itu adalah gastrik tetapi apabila sakit perut selepas makan itu adalah ulser. Anda tentu tahu kan yang ulser boleh membawa kepada kanser. Wah bukan main panik lagi saya. Lantas mengambil keputusan untuk berhenti selepas makan sebulan lebih. Saya mengumumkan ini di laman Fb  dengan harapan ada sesiapa yang sudi memberi komen/ulasan. Maklumat testimoni daripada orang lain yang pernah makan sangat perlu untuk memberi keyakinan kepada saya mengenai baik buruk benda ini.

Satu lagi sebab saya berhenti juga adalah atas nasihat seorang kawan, katanya berhentilah dulu sekejap. Kalau terlalu banyak makan berpanjangan juga jadi tidak elok. Masalah bila sepatutnya berhenti? Saya teringat satu maklumat yang dibaca bahawa rumpai laut asli ini mengandungi iodine - jika diambil dalam jumlah banyak boleh menyebabkan keracunan. Suami berkata, sewaktu dia ditahan lama dahulu, ada seorang pesakit yang dikesan mempunyai terlebih kandungan iodine di dalam badan. Akibat daripada itu badannya jadi hitam seperti hangus/kesan terbakar. Oh tidak, takutnya bisik hati. Adakah iodine sudah banyak dalam badan, adakan sakit perut itu disebabkan kesan iodine yang telah menghakis dinding perut.

Dalam pada seribu persoalan timbul di benak, mujurlah seorang kawan saya memberi komen pada posting saya itu, katanya eloklah diteruskan makan untuk kebaikan tubuh dan jangan berhenti terus. Menurutnya rumpai laut memberi tindak balas secara biologi ke atas tubuh. Saya kurang faham sebenarnya ayat ini. Lantas saya pm dia dan kami berchatting panjang. Hasilnya saya mendapat maklumat yang sangat penting. Katanya, memang ada kesan tindak balas bila kita makan. Itu adalah perkara biasa. Bila melalui rasa tidak selesa bermakna sudah ada kesan positif, kesan tindak balas itu menunjukkan rawatan ke atas bahagian-bahagian tertentu sedang aktif.

“Saya juga mengalami kesan yang sama. Cepat lapar, tekak kering dan selalu dahaga. Bila saya beritahu anak, dia berkata memanglah kalau makan kolagen akan terasa begitu. Anak saya di bidang sains, jadi dia  tahulah..,” ujar kawan saya itu. Jadi katanya, kena minum banyak air. Selepas makan kolagen, minum susu skim atau ambil makanan berserat seperti oat dan buah-buahan untuk mengurangkan rasa cepat lapar atau sakit perut.

Kata kawan itu: “Baru-baru makan dulu saya pun pelik, mengapalah cepat, lapar dan haus, mengapalah perut pedih, menyucuk-nyucuk? Hakikatnya yang sakit pedih-pedih dalam perut itu adalah tidak balas detox, maksud ia sedang bekerja untuk membersihkan segala yang telah tepu dan melekat pada dinding usus kita. Membuang pun jadi lawas. Ada ketika akan keluar ketulan-ketulan bulat kecil warna gelap bersama najis.. itu adalah bahan yang dihakis daripada dinding usus. Ia keluar menerusi najis dalam bentuk begitu. Lama kelamaan, apabila usus sudah bersih, tak rasa sakit perit atau menyucuk-menyucuk lagi,” jelas kawan saya itu.

Bagimanapun dia juga mengingatkan kalau sudah ada kesan positif ke atas tubuh dan kesihatan badan secara keseluruhan, eloklah dikurangkan kekerapan pengambilan. Kalau pada peringkat awal diambil setiap hari pagi dan malam, kurangkan menjadi sekali sehari.. kemudian selang dua atau tiga atau empat hari sekali.
“Bila sudah betul-betul berkesan ke atas kesihatan, doktor saya juga menasihat berhenti mengambil sesuatu jenis kolagen dan gantikan dengan jenis kolagen lain pula. Misalnya saya makan kolagen rumpai laut jenis pil dari Jepun, selepas habis tiga bekas kolagen rumpai laut, saya gantikan denga kolagen soya. Ini katanya untuk mengelakkan bahan tidak elok berkumpul banyak dalam badan yang boleh menyebabkan risiko lain pula,” ujarnya.

Rupa-rupanya kawan saya itu sudah lama mengambil pemakanan kesihatan yang ajaib ini.  Punca yang menyebabkan dia mengambil kolagen rumpai laut katanya, ialah pada suatu ketika dulu sewaktu mengajar budak-budak bersenam lututnya kaku, hampir dibedah oleh doktor. Namun dia mencari alternatif lain dan seorang kakak memberitahunya agar mengambil pemakanan semula jadi seperti rumpai laut yang dikatakan sangat baik untuk penyakit sendi. Alhamdulillah katanya, kerana rajin makan, lututnya kembali normal dan tidak jadi dibedah. Kerana itu juga dia terus dengan pemakanan rumpai laut jenis pil itu.

“Selain kulit tegang, tak sakit-sakit sendi, lawas membuang dan rasa sihat , rambut pun semakin lebat, macam orang muda. Cepat panjang!” Begitulah ulasan panjang lebar daripada kawan saya itu yang akhirnya meyakinkan saya untuk meneruskan pengambilannya secara yang diajar oleh kawan saya itu. (Mula-mula makan setiap hari, bila dah nampak kesan positif seperti dikehendaki, jarangkan kekerapan makan sedikit demi sedikit dan seterusnya bertukar kepada jenis kolagen lain, beberapa ketika sebelum kembali kepada jenis berkenaan).
Selain itu juga menurutnya, dia juga mengamalkan makan nasi atau sup yang dicampurkan dengan rumpai laut. Budak-budak Tadika di sekolah saya, kebanyakannya Cina.. mereka disediakan makanan nasi dan sup yang dicampurkan rumpai laut dari Jepun, yang warna hijau halus-halus seperti yang kita lihat pada makanan shushi tu.. Sebab itu kulit mereka licin, putih dan halus, tambahnya.

 Wah lama juga kami berchatting. Dia mengakhiri perbualan dengan bertanyakan mengenai jenis rumpai laut asli yang saya makan, katanya dia pun nak cuba jenis rumpai laut asli warna ungu dari Semporna pula.
“You simpan untuk saya ya, yang sudah dimasak dan yang belum dimasak, nanti saya datang ambil,” katanya.

Wah saya berterima kasih kepada rakan saya itu – dia ialah bekas rakan sekuliah saya sewaktu di UiTM, Shah Alam. No wonder, saya nampak wajahnya muda dan berseri-seri dalam gambar FBnya. Sekarang terbongkar sudah rahsia yang selama ini ingin saya ketahui… adakah itu gambar lama atau gambar terkini? Apakah yang dia makan yang menyebabkan wajahnya bersih bersinar? Rupa-rupanya kerana rajin makan rumpai laut!

Terima Kasih pada sumber: http://idarashida.blogspot.com/
*satu perkongsian TERBAIK mengenai kesan permakanan rumpai laut
sila layari blog Puan Rashidah kerana banyak fakta dan jawapan mengenai rumpai laut yang akan anda dapat setelah membaca blog beliau Terima Kasih sekali lagi.

$1.3 Million everyday from Pay Per Click

$1.3 Million everyday from Pay Per Click
JOM JOIN!!!! BILA LAGI!!$1.3 Million everyday from Pay Per Click

jom klik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SILA TINGGALKAN JEJAK BLOG ANDA DISINI-TERIMA KASIH

Terkini...