KLIK DAN TERUS KLIK DISINI TANDA SOKONGAN ANDA

Masa Itu emas..

KLIK SINI

new

Followers

Terbaru

Friday, April 30, 2010

Doa para nabi dalam Al-Quran-buat amalan umat islam zaman ini

Doa Nabi Adam AS
 

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ 
“Ya Tuhan Kami, Kami telah Menganiaya diri Kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni Kami dan memberi rahmat kepada Kami, niscaya pastilah Kami Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Al A’raaf :23)




Doa Nabi Nuh AS


 قَالَ رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ ۖ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنَ الْخَاسِرِينَ 
“Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakekat)nya. dan Sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaKu, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaKu, niscaya aku akan Termasuk orang-orang yang merugi.”
(Surah Hud :47)


Doa Nabi Hud AS

 إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ 
”Sesungguhnya aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. tidak ada suatu binatang melatapun melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.”
(Surah Hud :56)

Doa nabi Ibrahim AS

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ  رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
Wahai Tuhanku,jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orng yang tetap mendirikan sholat.Wahai Tuhan kami,kabulkanlah doaku.Wahai tuhan Kami ,berilah keampunan kepadaku dan dua ibu bapaku dan sekalian orang orang mukmin pada hari berlangsungnya hisab(nanti)”.(Surah Ibrahim :40-41)

Doa Nabi Yusuf AS

 رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِنْ تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنْتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِۖ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. ( Surah Yusuf : 101 )

Doa Nabi Ayub AS 

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ 
“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)



Doa nabi Yunus AS

 لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ 
“Bahwasanya tiada Tuhan yang patut di sembah melainkan hanya Engkau,Maha Suci Engkau,sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim
(Surah Al-Anbiya’:87).


Doa Nabi Musa AS

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي  وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي  وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي  يَفْقَهُوا قَوْلِي
Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; ( Surah Taha  : 25 -27 )


Doa nabi Sulaiman AS

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ 
“Wahai Tuhanku,berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatmu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal sholeh yang Engkau redhai dan masukkanlah aku dengan rahmatMu kedalam golongan hamba-hambaMu yang soleh”.( Surah,An-Namlu : 19 )


Doa Nabi Zakaria AS

قَالَ رَبِّ إِنِّي وَهَنَ الْعَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْبًا وَلَمْ أَكُنْ بِدُعَائِكَ رَبِّ شَقِيًّا  وَإِنِّي خِفْتُ الْمَوَالِيَ مِنْ وَرَائِي وَكَانَتِ امْرَأَتِي عَاقِرًا فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ ۖ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيًّا
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas ugama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia – wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai”.
( Surah Maryam : 4-6 )


Doa Nabi Isa AS

قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا أَنْزِلْ عَلَيْنَا مَائِدَةً مِنَ السَّمَاءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِأَوَّلِنَا وَآخِرِنَا وَآيَةً مِنْكَ ۖ وَارْزُقْنَا وَأَنْتَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ 
Nabi Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki”. ( Surah al-Maidah : 114 )




Doa Nabi Muhammad s.a.w

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
( Surah al-Baqarah : 286 )

Wednesday, April 28, 2010

Makanan yang wajib ada masa Musim Raya kat sarawak - KELUPIS

Kelupis Sedap di makan dengan cecah kuah kacang , kaya atau susu :D

Sapa kata Obor-Obor tak blh Di MAKAN!!!!!

Sekali makan nak lagi...... Salah satu makanan yang paling TOP di SARAWAK!!!! selain ikan Terubuk Masin... :)


Bahan-bahan ( 2 - 4 org )

  • 1/2 kilo Obor-obor
  • 1/2 biji bawang Besar (dihiris halus)
  • 1/2 inci halia (dihiris halus)
  • 2 - 3 biji cili padi (ditumbuk halus)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Perahan air limau kasturi

Cara-cara

  1. Obor-obor si bersihkan dan di hiris halus halus.



  2. Campurkan bersama bawang, cili, halia, garam, gula, minyak bijan dan air perahan limau kasturi. Gaul rata...... siap.....
  3. apa lagi.....makan le....perrrrrr........

Thursday, April 22, 2010

Hanya Al-Fatihah yang si IBU inginkan.......untuk bayi tersayang

Semasa buka Fb pagi nie terjumpa satu gambar yang amat sedih dari Fb saudara anugerah dan terdetik untuk berkongsi bersama rakan2 di GB.

Marilah kita berdoa dan sedekahkan Al_Fatihah agar anak Pn Rohaiza ini dapat kembali sihat seperti bayi yang Normal. 

Pada rakan2 Blogger apa yang mampu kita bantu dengan terus sebarkan email Si Ibu ini ke dalam blog dan Fb kita Insyallah setiap saat dan detik anak pn Rohaiza akan mendapat DOA dari umat islam yang prihatin dan terus menDOAkan kesihatannya dan Dalam masa yang sama menDOAkan agar ALLAH subhanahu wa ta'ala memberi Sinar Bahagian pada Pn Rohaiza sekeluarga...AMIN





MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA.
KAWAN-KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMAIL INI...
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat. Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen. Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian. Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my.

Tuesday, April 6, 2010

Ulang Tahun Kelahiran KE-32

KEK COKLAT DARI ISTERI TERCINTA UNTUK ULANG TAHUN KELAHIRAN AKU YANG KE-32

Friday, April 2, 2010

Siapalah kita tanpa IBU dan BAPA- sudahkah kita berDOA untuk mereka???


Rassulullah SAW pernah bersabda :                                 
                                                                   
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup atau telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan
terbuka buat kamu...                                                 
                                                                   
Berdasarkan Hadith Nabi SAW :                                     
" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK  selagi dia tidak meninggalkan
doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"                         
                                                                       
Huraian hadith:                                                   
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )                                           
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus2 berdoa
kepada kedua ibu bapa (hidup atau mati)                               
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah SWT       
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan   
Bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 Kita dan mereka2
Yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)           
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
Oleh Allah SWT.                                                       
                                                                   
Kesimpulannya:                                                       
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... .. . Cuma jangan
lupa Doakan ibu bapa kita setiap hari                                 
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita
Dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah                                                           
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah ,                             
- rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, STPM, ' O ' atau ' A ' LEVEL,   
IJAZAH dsb nya.....tapi dengan hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk
ibu dan bapa kita.....Mari kita Cuba . Allahhuakhbar. .               
                                                                   
Bila2 masa kita boleh angkat tangan dan berdoa untuk kedua orang tua kita,
waktu bangun pagi, dipejabat, waktu makan siang, pagi, petang, siang atau
malam, dimana saja, (tidak termasuk diwaktu solat lima waktu)     
                                                                   
Caranya : ' YA ALLAH HU YA RAHMAN, ampunkan lah dosa2 kedua orang tua ku,
berkatilah kedua mereka itu, sihatkan lah mereka, murahkan lah rezeki
mereka, panjangkan lah usia mereka, jauhilah sebarang bahaya, Dan lindungi
lah mereka, Aminn yarabillial amin . ..." (Doa ini untuk orang tua kamu yang masih hidup)                                                 
                                                                   
Untuk yang sudah meninggal :  "YA ALLAH HU YA RAHIM, ampuni lah segala
dosa2 orang tuaku, tempatkanlah bapaku / Ibuku ditempat orang2 yang   
beriman.                                                             
                                                                   
Sebarkanlah ilmu walaupun sebesar zarah.......                       
                                                                   
                                                                   
Wassalam, 

$1.3 Million everyday from Pay Per Click

$1.3 Million everyday from Pay Per Click
JOM JOIN!!!! BILA LAGI!!$1.3 Million everyday from Pay Per Click

jom klik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SILA TINGGALKAN JEJAK BLOG ANDA DISINI-TERIMA KASIH

Terkini...