KLIK DAN TERUS KLIK DISINI TANDA SOKONGAN ANDA

Masa Itu emas..

KLIK SINI

new

Followers

Terbaru

Sunday, November 4, 2012

Doa dan Sumbangan untuk membantu Adik Farah Wahidah binti Zulhelmi

Salam rakan-rakan blogger, Entri kali ini adalah ingin memohon rakan-rakan untuk share entri ini agar kita sama-sama dapat membantu meringankan beban keluarga Adik Farah Wahidah binti Zulhelmi . 

Kisah bermula:

Salah seorang rakan di FB telah meletak gambar pada FB yang memaklum beliau sedang melawat anak muridnya yang sedang sakit di hospital Kluang.



Rupanya anak murid yang sakit tersebut ialah salah seorang anak rakan yang sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Kluang johor pada tahun 1994/1995.

Untuk makluman rakan-rakan yang perihatin, Adik Farah Wahidah Binti Zulhelmi adalah salah seorang 
Anak yang manja dan Pelajar yang aktif di sekolah .

Adik Farah Wahidah Binti Zulhelmi bersekolah di 

Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat, kluang johor.




Adik Farah Wahidah  anak ke-3 dari 3 orang adik beradik...

Ibu Adik Farah Wahidah , Puan Fauziah adalah salah seorang bekas pelajar 

Sekolah menengah Vokasional Kluang,Johor sessi 94/95

Ayahnya Penjawat Awam Beruniform di dalam Angkatan Tentera Malaysia



Pada bulan puasa yang lepas adik Farah Wahidah mula mengalami demam yang berulang.

Pada 1 / 10 / 2012 keluarganya telah membawa adik Farah menjalani rawatan di Hospital Kluang,johor.

Adik Farah semasa berada di Hospital Kluang johor



Doktor telah mengesahkan Adik Farah mengalami jangkitan Kuman pada Paru-paru.

Masalah kesihatan Adik Farah telah dirujuk ke HSA Johor Bahru  dan Ct scan telah dibuat.

Akhirnya pihak hospital mengesahkan terdapat Jangkitan kuman pada jantung dan dalam masa yang sama saluran darah dari paru-paru ke jantung sempit.Yang paling menyedihkan keluarga Adik Farah Wahidah, pihak Hospital telah mengesahkan adik Farah mengalami masalah jantung berlubang sebesar 4 X 5mm.



Adik Farah Wahidah akan dirujuk ke IJN Kuala Lumpur pada awal bulan december 2012 nanti untuk menjalani pembedahan dan Kos pembedahan sebanyak RM40 Ribu diperlukan dan ia tidak termasuk kos rawatan susulan. 
Allah berikan ujian mengikut kemampuan kita.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkan dan Kau hilangkanlah kesakitan yang ditanggung olehnya.Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan dari segi kewangan, boleh salurkan ke:

No. akuan Maybank : 101169179533

FAUZIAH BINTI KAMIT@KEMIT

Atau kalau ada pihak yang ingin terus berhubung dengan keluarga 

Adik Farah Wahidah untuk menghulurkan sumbangan boleh hubungi 

No. Telefon Puan Fauziah : 019-2787823

Dan kepada yang tidak mampu, kita boleh sama-sama mendoakan kesihatan adik Farah Wahidah.
Doa itu yang lebih utama ,kemudian berusaha merawatnya. 
Insyallah semoga adik Farah Wahidah akan kembali normal.

Sama-samalah kita membantu, siapa tahu akan datang kita pula yang akan berada ditempatnya..
Semoga Allah membalas jasa kalian semua..



TOLONG KONGSI & HEBAHKAN

Pada Blog rakan-rakan,Forum,FB,Twitter..apa saja saluran bagi membantu Adik Farah Wahidah

Thursday, November 1, 2012

Event awal tahun depan Jom Layan


Event Awal tahun depan..... JOm layan Kayuh....





GEREK@TON KASTAM EVENT KE-4


Laporan media:

1,200 sertai Gerek-Ton Kastam Kedah

13/10/2012 6:07pm

ALOR SETAR - Seramai 1,200 peserta, termasuk dari Indonesia, Thailand dan Singapura, mengambil bahagian dalam acara berbasikal Karnival Gerek-Ton Kastam Kedah 2012 di Kompleks Kastam Kedah.
Acara yang bermula pada kira-kira 8 pagi itu disempurnakan Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah, yang turut berkenan untuk mengayuh basikal dalam acara ”Funride” bersama Ketua Pengarah Kastam Datuk Khazali Ahmad.
Turut mengambil bahagian Pegawai Tugas-Tugas Khas Perdana Menteri Datuk Latt Shariman Abdullah, yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, serta beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).
Kategori Terbuka Lelaki dimenangi pelumba basikal kebangsaan Anuar Manan, yang mewakili Team Giant, untuk membawa pulang wang tunai RM2,500 manakala Kategori Terbuka Wanita diungguli seorang lagi pelumba basikal kebangsaan Masziyaton Mohd Radzi, mewakili pasukan sama (RM1,500).
Kategori Veteran Lelaki dimenangi Noor Affendi Rosli manakala Kategori Fixie Kriterium Mohd Emir Shafiq Zainal.
Karnival itu bertujuan menggabung penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam aktiviti sukan ke arah melahirkan jati diri yang tinggi, kental, berdaya saing serta sihat rohani dan jasmani, selain memperkenal Majlis Sukan dan Kebudayaan Kastam Kedah kepada rakyat bagi menjalin persahabatan serta memupuk semangat kekitaan. - BERNAMA


**malas nak cerita dah...sebab kat atas nie dah cerita apa yang berlaku semasa event..heheheee :D

sedikit gambar masa event....layan


Baju untuk event fun ride gerek ton kastam


Jom pie alor setar.....


kategori Open dah ambil sab masing-masing....hehee


Rakan-rakan dari ILP Kepala Batas yang turut serta....


Tak lupa isteri yang dah tak sabar nak kayuh Gerek pagi nie....heheheeee


Nie salah seorang rakan dari ILP Kepala batas.. Ex-room mate masa kat CIAST  dulu..hahahaaa :D


Yang maco nie TUAN TANAH....hahahahaaa :D



Check Point Rehat setelah hampir 15km kayuh.... 

Lokasi: Sekolah rendah kampung rotan alor setar..


Akhirnya.... VVIP sampai..

Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz Tuanku Abdul Halim Mu”adzam Shah





Masing-masing lepak.....heheee..












Hadiah-hadiah cabutan bertuah...bagi yang bertuah.... tapi satu nom. tak lekat pun....sabor je le :(





Jom balik.....




Gerek meragam la pula..

Basikal masuk bengkel lagi..... gara-gara shifter dan cassettes belakang tak berfungsi dengan sempurna..


kabel semua dah tukar baru tapi masalah masih tetap ada...emm..

akhirnya dapat IDEA..... untuk repair sendiri..hehee

Apa lagi guna Google le untuk membantu menyelesaikan masalah basikal nie...hehee

semua malas pada gear nie dapat diselesai dengan merujuk panduan dari You TUbe... macam2 ada :D

link video :




KAYUHAN JERLUN - EVENT KE-3


KAYUHAN JERLUN 2012

Lepas puasa lama dah tak kayuh basikal...macam pancit pun ada nie..

Tapi sebab nak juga turut serta dalam Event nie... mula la kayuh sikit2 bagi dapatkan balik rentak dan tenaga....

Baju untuk event dah dapat....tak tahan ada lambang politik tu...hehehee :D


Sebelum event siap semua peralatan untuk diri dan basikal@gerek...

Tak lupa Helmet baru tu....!!!!


Sebelum sampai jerlun tu...singgah isi perut kat warung tepi jalan... kena nasi lemak + teh 0 cukup kot..


masa dok makan tu ramai peserta dok menuju destinasi yg sama...


akhirnya basikal@gerek dah diturunkan...





sampai check point untuk rehat.... ok juga penganjur event nie..

air 100 plus + pisang  + roti = TERBAIK!!





Akhirnya TAMAT sudah kayuhan sejauh 43.8 KM


Basikal + Tuan basikal dah lepak dah.....heheee :D








Upecara Yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta ... CABUTAN BERUAH!!!




JARAK KAYUHAN 

43.8 KM


Posing dulu sebelum balik... basikal@gerek dah di letak kat belakang kereta...




Tawakal je le harap tak kantoi dgn pak penguat kuasa... heheheee... :D



Ok lah....next Event pula... Gerek@Ton Kastam alor setar...Tungguuuuuuuu!!!!!!



$1.3 Million everyday from Pay Per Click

$1.3 Million everyday from Pay Per Click
JOM JOIN!!!! BILA LAGI!!$1.3 Million everyday from Pay Per Click

jom klik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SILA TINGGALKAN JEJAK BLOG ANDA DISINI-TERIMA KASIH

Terkini...