KLIK DAN TERUS KLIK DISINI TANDA SOKONGAN ANDA

Masa Itu emas..

KLIK SINI

Followers

Terbaru

Thursday, February 17, 2011

Pembedahan TONGSIL ( ENT )

Baru-baru nie anak telah dimasukkan di wad ENT Hospital Bukit Mertajam bagi menjalani Operation/Pembedahan bagi membuang Tongsil yang semakin teruk....


Apa itu TONGSIL?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.



Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.



Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur


Bermula lah KISAH!!!!
Hati berdebar-debar bila tarikh iaitu 25 Januari 2011 anak terpaksa bermalam di hospital Bukit Mertajam sebelum menunggu tarikh Pembedahan dijalankan iaitu 27 Januari 2011.


Walaupun muka nampak senyum dan Happy je..tapi perasaan takut anak dapat dilihat dengan jelas bila sentiasa bermanja dengan ibu dan bapa.... Hati ayah dan ibu mana yang tak rasa risau bila anak ingin dimasukkan ke dalam wad.....lepas tu nak kene Operation pulak tu..... Tuhan saja yang tahu .




Setelah selesai proses mendapaftar masuk wad....so apa lagi cari katil le dan tukar uniform khas..hehee




Dok hospital kerajaan kene pakai Uniform khas le...kalau dok hospital Swasta pakaian bebas le....



nak bagi anak happy kene lah Terbangkan mak ayah dari Sarawak untuk bagi semangat kat anak....


OK....Hidangan makan malam dah disediakan.....apa lagi Juddin Jom makan..hehehe


Pada 27 Januari 2011 jam 8.45pagi Juddin telah dibawa ke bilik bedah di Hospital Bukit Mertajam.



Pada masa ini Tuhan saja yang tahu bertapa berdebarnya Hati Juddin dan dari raut wajah sudap menampak akan kesedihan serta gelisah yang bermain di fikiran Juddin.

MUKA DAH NAMPAK PUCAT SBB TAKUT!!!!


Bagi menghilangkan rasa takut dan gelisah Juddin misi yang bertugas terpaksa le masukkan angin ke dalam sarung tangan plastik bagi nampak mcm IKAN nie......pastu lukis mata dan mulut...

Apa LAgi Juddin Mula le Tambah mcm-mcm kat gambar tu...hahahaaaa

PADA 9.45 pagi Juddin dimasukkan ke dalam dewan bedah bagi proses BIUS 100% dan memasukkan tiub untuk saluran pernafasan semasa Pembedahan dijalankan.


**sorry yek tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar atau video tanpa kebenaran**

PADA jam 11.30 pagi Pembedahan membuang Tongsil ,Ketumbuhan di hidung dan pemasangan Tiup khas pada gegendang telinga selesai.....


Tongsil pada bahagian Kiri tekak....semua terdapat 3 ketul isi yang telah dibuang semasa pembedahan yang dijalankan tadi.... Tongsil kiri dan kanan tekak dan satu ketumbuhan di dalam ronga hidung yang sama besar dengan Tongsil tadi.


Muka membengkak selepas kuar dari wad bedah....diebabkan BIUS...dalam masa yang sama kesan dari alat khas untuk membuka mulut semasa Pembedahan dijalankan.

Masa nie betapa sedihnya hati bila Juddin menanggis kesakitan kerana kesan pembedahan yang mengunakan kaedah seperti laser ( nama sebenar tak berapa pasti le ), hampir 5 minit Juddin menangis dan muntah darah yang disebabkan dia menanggis teruk sangat.....lepas dipujuk baru le Juddin mula bernafas dengan oksigen yang dikhaskan bagi mereda kesakitan selepas pembedahan tadi..


No comments:

$1.3 Million everyday from Pay Per Click

$1.3 Million everyday from Pay Per Click
JOM JOIN!!!! BILA LAGI!!$1.3 Million everyday from Pay Per Click

jom klik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SILA TINGGALKAN JEJAK BLOG ANDA DISINI-TERIMA KASIH

Terkini...