KLIK DAN TERUS KLIK DISINI TANDA SOKONGAN ANDA

Masa Itu emas..

KLIK SINI

new

Followers

Terbaru

Sunday, November 4, 2012

Doa dan Sumbangan untuk membantu Adik Farah Wahidah binti Zulhelmi

Salam rakan-rakan blogger, Entri kali ini adalah ingin memohon rakan-rakan untuk share entri ini agar kita sama-sama dapat membantu meringankan beban keluarga Adik Farah Wahidah binti Zulhelmi . 

Kisah bermula:

Salah seorang rakan di FB telah meletak gambar pada FB yang memaklum beliau sedang melawat anak muridnya yang sedang sakit di hospital Kluang.



Rupanya anak murid yang sakit tersebut ialah salah seorang anak rakan yang sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Kluang johor pada tahun 1994/1995.

Untuk makluman rakan-rakan yang perihatin, Adik Farah Wahidah Binti Zulhelmi adalah salah seorang 
Anak yang manja dan Pelajar yang aktif di sekolah .

Adik Farah Wahidah Binti Zulhelmi bersekolah di 

Sekolah Kebangsaan Seri Taman Kluang Barat, kluang johor.




Adik Farah Wahidah  anak ke-3 dari 3 orang adik beradik...

Ibu Adik Farah Wahidah , Puan Fauziah adalah salah seorang bekas pelajar 

Sekolah menengah Vokasional Kluang,Johor sessi 94/95

Ayahnya Penjawat Awam Beruniform di dalam Angkatan Tentera Malaysia



Pada bulan puasa yang lepas adik Farah Wahidah mula mengalami demam yang berulang.

Pada 1 / 10 / 2012 keluarganya telah membawa adik Farah menjalani rawatan di Hospital Kluang,johor.

Adik Farah semasa berada di Hospital Kluang johor



Doktor telah mengesahkan Adik Farah mengalami jangkitan Kuman pada Paru-paru.

Masalah kesihatan Adik Farah telah dirujuk ke HSA Johor Bahru  dan Ct scan telah dibuat.

Akhirnya pihak hospital mengesahkan terdapat Jangkitan kuman pada jantung dan dalam masa yang sama saluran darah dari paru-paru ke jantung sempit.Yang paling menyedihkan keluarga Adik Farah Wahidah, pihak Hospital telah mengesahkan adik Farah mengalami masalah jantung berlubang sebesar 4 X 5mm.



Adik Farah Wahidah akan dirujuk ke IJN Kuala Lumpur pada awal bulan december 2012 nanti untuk menjalani pembedahan dan Kos pembedahan sebanyak RM40 Ribu diperlukan dan ia tidak termasuk kos rawatan susulan. 
Allah berikan ujian mengikut kemampuan kita.
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau sembuhkan dan Kau hilangkanlah kesakitan yang ditanggung olehnya.Kau berikanlah kekuatan kepada hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani.
Kepada sesiapa yang ingin membuat sumbangan dari segi kewangan, boleh salurkan ke:

No. akuan Maybank : 101169179533

FAUZIAH BINTI KAMIT@KEMIT

Atau kalau ada pihak yang ingin terus berhubung dengan keluarga 

Adik Farah Wahidah untuk menghulurkan sumbangan boleh hubungi 

No. Telefon Puan Fauziah : 019-2787823

Dan kepada yang tidak mampu, kita boleh sama-sama mendoakan kesihatan adik Farah Wahidah.
Doa itu yang lebih utama ,kemudian berusaha merawatnya. 
Insyallah semoga adik Farah Wahidah akan kembali normal.

Sama-samalah kita membantu, siapa tahu akan datang kita pula yang akan berada ditempatnya..
Semoga Allah membalas jasa kalian semua..



TOLONG KONGSI & HEBAHKAN

Pada Blog rakan-rakan,Forum,FB,Twitter..apa saja saluran bagi membantu Adik Farah Wahidah

1 comment:

Anonymous said...

semoga adik Farah diberi kesihatan yang baik..amin

$1.3 Million everyday from Pay Per Click

$1.3 Million everyday from Pay Per Click
JOM JOIN!!!! BILA LAGI!!$1.3 Million everyday from Pay Per Click

jom klik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SILA TINGGALKAN JEJAK BLOG ANDA DISINI-TERIMA KASIH

Terkini...