KLIK DAN TERUS KLIK DISINI TANDA SOKONGAN ANDA

Masa Itu emas..

KLIK SINI

new

Followers

Terbaru

Thursday, April 7, 2011

Awas!! Telur Ayam Tiruan sudah berada di PENENG!!!


CAP iaitu Persatuan Penguna Pulau Pinang telah mengesahkan dan menerima aduan yang TELUR AYAM PALSU sudah berada dan telah dijual pada Orang Ramai di Peneng!!!


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
“Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
“Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu,” katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.
-Malaysiakini

Tuesday, April 5, 2011

AKHIRNYA INSAN KECIL YANG DISAYANGI PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA

Baru sahaja mendapat panggilan dari isteri memberi tahu yang adik zawawi sudah tiada....hanya Innalillahi wa innailaihi raajiuun dan AL-FATIHAH yang mampu saya ungkapkan.Masih teringat lagi Pada 28 December 2010 saya telah memasukkan ENTRY KHAS BUAT Adik ZAWAWI iaitu anak kepada Kak Ronie yang sama belajar di CIAST Shah Alam pada tahun 1997 dulu...


Entry nya ialah:

Kutipan Sumbangan Pembiayaan Rawatan Kanser Darah Zawawi

http://amrazd90.blogspot.com/2010/12/kutipan-sumbangan-pembiayaan-rawatan.html

Hari ini tiba2 terbaca satu kisah yang dilalui oleh sebuah keluarga di dalam Facebook.........Tiba2 terbaca nama ibu pada si kecil yang sedang menderita adalah rakan satu pusat pengajian di Shah Alam "CIAST" dulu....." Kak Ronie " subhanallah besar sungguh dugaan yang dilalui oleh kak ronie...baru je kehilangan anak kecil nya disebabkan tersedak susu di pusat asuhan tahun lalu...sekarang satu lagi dugaan yang amat besar sedang dilalui oleh kak ronie apabila salah seorang anak pula disahkan menghidap penyakit kronik...."KANSER DARAH"
adik Zawawi





"HARI INI IA TELAH PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA"
DOA SEORANG IBU BUAT INSAN TERSAYANG 
SEBELUM IA PERGI MENGAHADAP ILAHI BUAT SELAMA-LAMANYA

 dari fb kak ronie :
Aris Ronie Ya Allah aku redha dengan pemberianmu.... Jika ada rezekinya selamatkanlah anak ku muhammad zawawi, seandainya ini yang terbaik kuatlah aku dan suami menghadapinya 
Yesterday at 04:41

Daripada Allah dia datang, kepada Allah dia kembali. 
Moga Adik Zawawi tenang di alam baru. Insyaallah.

Semoga Adik Zawawi tenang di alam sana, telah ditakdirkan persinggahan Adik Zawawi di dunia hanya sementara. Moga kak ronie sekeluarga tabah dan redha di atas pemergiannya. Allah lebih sayangkan Adik Zawawi. Pengorbanan yang kak ronie dan keluarga lakukan tidak mampu dihitung dengan wang ringgit. Kasih sayang yang tercurah kekal abadi selama-lamanya. Redhalah dengan pemergiaannya. Insyaallah, Arwah menunggu kalian di pintu syurga.

Sahabat-sahabat, mari kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Adik Zawawi. Semoga ronya tenang di tempat yang abadi dan bersama dengan para syuhada..amin
Al-Fatihah



$1.3 Million everyday from Pay Per Click

$1.3 Million everyday from Pay Per Click
JOM JOIN!!!! BILA LAGI!!$1.3 Million everyday from Pay Per Click

jom klik.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

SILA TINGGALKAN JEJAK BLOG ANDA DISINI-TERIMA KASIH

Terkini...